Archive for August, 2009

h1

Menu Berbuka Hari Ke-4

August 26, 2009

Asyik hapdet pasal masak je kan. Ye la…dah namanya bulan posa. Pastu dah tanamkan dalam hati ni nak masak sepanjang bulan puasa ni. Harus la di laksanakan. yer x. Nak tempek pic x der lak. X kuasa nak ambik gambar bagai sebab ngam2 siap masak…2 3 minit pastu dah azan. He3…x kuasa..

Semalam cam biasa..sampai umah kul 6. Masuk dapur…rendam ayam n ikan…solat dulu pastu start la bersilat kat dapo. Luqman tukang mengaco kat sinki. Sibuk je nak tolong basuh benda2 kat sinki.

Dalam x der idea nak masak apa..akhirnya berjaya gak masak :

- Ikan Kembung 3 rasa. Ikan tu kite goreng tepung dulu. Kalau goreng camtu jer hubby x berapa suka. Nanti x terusik la ikan tu…wat camni laju skit dia makan

- Ayam Ala2 KFC. Tapi KFC lagi sedap la.

- Bunga Kobis+Carrot Goreng Bening+Suhun. Sedap gamaknya. Hubby yang jadi tukang ratah sayur bagi abis. Selalunya kite yang jadi tukang ratah sayur. He3…

- Air Blackccurant

Pas buka puasa..solat maghrib sambil menahan loya2 kat tekak nih. Aduiii…dah lama x makan malam. Bila makan mesti camni. Hari2 la terpaksa menahan loya2 tekak nih. Pas Isyak..masuk toilet…terhambur la semuanya. Aduhaiiii…kosong perut nih jadinya. Opsss…wat masa ni x der rezeki lagi. Loya2 muntah ni adalah gejala biasa bila makan lepas Maghrib. Huk3…padahal makan skit jer. Sesenduk nasi ngan lauk dan sayur je….

Ari ni gantung kuali n periuk. Kite kena stayback dan sudah pasti hubby kena tapau makanan tuk dia berbuka puasa nanti. Esok..insyaallah masak cam biasa….*

h1

Menu Berbuka Hari Ke-3

August 25, 2009

Alhamdulillah…dah memasuki hari ke 4 kita semua berpuasa. Semangat nak mask tu memang berkobar2 wat masa ni. Lepas2 nih x tau la camana kan. Harap2 sentiasa berkobar2 la kan. Esok x dapat nak masak sebab kena stayback. Hubby kena la tapau makanan tuk berbuka nanti. Kite ni berbuka dan bersahur kat ofis je la nanti.

Waktu bulan posa ni..kite keja start kul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Tapi…selalunya sampai awal sebab hubby masuk kul 8.00 pagi dan balik kul 5.00 petang. Huk3…maknanya kite la orang yang paling awal sampai dan orang yang paling lambat balik. Sampai umah pun dah kul 6.00 petang. Kali ni hubby yang ambik Luqman dr umah bbsitter. Masuk je umah terus kite rendam lauk pauk tu…terus solat.

Lepas tu mula la agenda masak memasak sementara hubby melayan Luqman.

Semalam nyer menu simple je. Kena pilih menu yang senang dan cepat masak. Kalau x…orang dah berbuka kite masih masak kat dapur.

- Asam Pedas Ayam

- Ikan Goreng Berempah

- Sayur Campo Goreng + telo

- Tenggiri Jeruk + Bawang + Cili

- Air Blackccurant + Cincau

Ngam2 abis masak….azan pun bunyi. Ari ni x tau nak masak apa lagi. Kebuntuan melanda nih. Lauk basah pun cuma ada ayam dan ikan je. Lauk2 lain tu kena tunggu cuti baru blh g beli.

h1

Berjayakan Kami…*

August 24, 2009

Ermmm..tajuk cam poyo skit kan. X per la..janji menepati kehendak hati nih…Kali ni nak cite pasal Luqman lak. Sekarang ni dah 2 tahun 9 bulan. X lama lagi masuk usia 3 tahun. Susu Luqman x tukar lagi nih…tunggu lagi 2 bulan baru nak tukar.

Oooo…ckp pasal berjaya tuh…apa yang berjaya eh. Sblm ni kite kan ada ckp x berjaya lagi nak toilet trainkan Luqman. Sblm ni kite cuti dok umah jada Luqman pun x berjaya gak. Dia kencing dulu br bgtau kite yang dia shee shee.

Ari Sabtu lepas..ngan bantuan hubby…kite try trainkan Luqman. 2 kali dia kencing dulu baru bgtau. Petangnya dia tido..jadi kena pakaikan pampers la. Sampai ke malam la gamaknya.

Semalam..dari pagi memang x pakaikan diapers. Dah pesan berpuluh2 kalu..kalau luqman nak shee shee..nak yak yak..bgtau ibu atau ayah tau. Luqman shee shee dan yak yak kat toilet ok. Dia angguk2 je la. Beberapa lama pas tuh…dia ckp…ibuu…luqman nak shee shee…terus la hubby berkejar bawa Luqman ke toilet. Alhamdulillah…ok la wat masa tuh.

Pas tu…setiap kali dia nak kencing atau yak2…dia memang akan buka seluar sendiri dan g toilet. Tapi…berkali2 dia g toilet. Ha3…nak main air yang sebenarnya. Sekali tu dia ckp…ibu…Luqman sakit perut la..sakit kat sini… sambil gosok2 perut dia tuh….tanya dia..Luqman nak yak yak ke..dia angguk. Bawa ke toilet…memang sah dia membuang. He3…lega..

Tengahari tu dia tertido tanpa pakai diapers. Kejap2 kite sentuh seluar dia…alhamdulillah…berjaya hingga dia tersedar.

Dah malam..pakaikan diapers. Mana la tau kalau dia tertido kan. Buatkan susu…dia pun layan CD Dora kat dlm bilik. Kite ngan hubby lepak2 depan TV. tetiba dengar bunyi orang berlari2. Tengok2 Luqman berlari nak g toilet. Seluar dah buka sesiap..tinggal diapers je. Tanya la Luqman..Luqman nak shee shee ke…dia angguk. Pastu ckp..x yah la..Luqman shee shee dlm pampers la. Tp dia nak gak g toilet. Bukakan diapers dia tuh pastu selamat la dia shee shee kat toilet. Adehhh…camtu sekali eh Luqman.

Pagi ni hantar dia ke umah bbsitter. Dah bgtau akak tuh tp x tau la camana nanti. Bekalkan gak diapers cam biasa tp ckp kat akak tuh..akak pakaikan je la tp kalau dia ckp nak kencing..akak bw g toilet. X nak susahkan dia kalau Luqman kencing merata.

Paling seronok tengok Luqman terkedek2 berlari ke toilet sebab nak kencing. Juga seronok tengok Luqman berlari2 ke depan pas kencing. Seluar ngan baju pun nak pakai sendiri tp bab seluar akan tanya kite..ibu..mana..Jadi kite kena la tunjuk kaki mana masuk belah mana..

Berjayakah kami tuk toilet trainkan Luqman kali nih…harap2 berjaya la…*

h1

Menu Berbuka Hari Pertama dan Kedua…*

August 24, 2009

Puasa kali nih memang niat dan azam tuk masak jer. X nak beli kat PARAM atau memana kedai. Hu3…serik la bila beli x sedap dan memacam lagi la. Jadi…sebelum puasa dah dok fikir2 nak masak apa tuk hari pertama puasa. Ha3…punya la semangat kan. Jadi..ni la menu yang x seberapa…

Hari pertama:

- Kari Sotong + Kentang

- Ikan Cencaru Sumbat Bakar

- Udang Bakar

- Buncis Goreng

- Pengat Pisang + Jagung + Sagu

- Air Oren

Pengat Pisang tu memang wat lebih. Bagi kat jiran umah sebelah dan umah depan. Sebenarnya lebih kepada nak pulangkan pinggan mangkuk diaorang. Hari2 sebelum ni x der kesempatan nak masak best2 jadi x der la nak pulangkan barang diaorang tuh. Bila ada kesempatan masak yang ok skit…bagi la pinggan mangkuk diaorang.

Ari kedua lak :

- Sambal Telur

- Ayam Goreng kunyit

- Brokoli Goreng Belacan

- Air Sirap Cincau

Cadangnya nak wat Onde-onde tp hubby malas nak g kedai. Makan la pengat pisang semalam punya sebab ada belen lagi. Kite x makan pun sebab dah kenyang.

Ari ni x tau nak masak apa lagi. Tp rasanya masak yang simple2 je. Yer la…sampai umah pun dah kul bape kan.

Bulan puasa ni pun ada tender closing. Jadi..hari2 yang kite stayback…hubby kena la tapau makan. Hari2 biasa boleh la masak dan hari2 cuti boleh la masak kuih2 skit tuk berbuka. Gitu la cadangnya.

Pic memang x der sebab x kuasa nak ambik pic.

h1

Potluck@MPC…*

August 24, 2009

Ni kisah ari Jumaat lepas. Bebudak pompuan ni la cadang nak wat potluck sebelum sambut puasa. Bebudak lelaki cam biasa…tukang makan jer. He3…pic memang x der. Kite ni bukan main la beria nak ambik pic…siap caj bateri bagai…sekaliii…ambik ko…sampai ke sudah x bersentuh pun kamera tuh. Kengkawan lain ada la ambik pic…tp dalam kamera diaorang je la kan. Kalau diaorang ada tempek kat mana2 nanti..kite cilok dan edit kat sini eh. He3…

Antara menu yang di bawa dan dihidangkan untuk santapan kitaorang ialah :

- Mee Kari (sedap sangat)..Madam yang bawa

- Pulut Kuning + Rendang Ayam + Sambal Bilis..Izzah bawa

- Bihun Goreng..Kak Anne

- Rojak Buah …Kak Wan

- Puding Karemal…Kak Hanum

- Kuih Koci…Kak Ifa

- Murtabak Mini..Niza

- Agar2 + Kek Batik…Kite

- Pisang + Aiskrim..Kak Lin

- Karipap..Ain

- Lasangna Ayam + Daging + Ayamas…Kak Dalina

- Betik…Kak Azie

- Apple Salad..Kak Nana

- Bubur Pulut Hitam..Kak Nita

- Apple Pie + Kek Buah..Kak Leha

- Domino Pizza …Kak Laila

- Big Apple Donut (supplier bagi..rezeki kitaorang)

- Air..Fati yang buat

Alhamdulillah..kekenyangan kitaorang pada hari tuh. Siap bertapau bagai la sebab x abis semua makanan tuh. Rezeki bebudak lelaki yang ada kat ofis ari tuh. Ada yang simpan perut x lunch lagi tu sebab nak makan semua makanan yang sedap tuh. Ha3….puji sedap eh…tp memang sedap pun. Jahanam diet kite sebab melantak x hingat. X per la..sblm puasa kan. Sebelum ni x der nya makan lunch waktu keja. Balas dendam la sebelum start puasa kan….leh la diet balik…*

h1

Selamat Berpuasa…*

August 20, 2009

44666fa0b8fe717a

Selamat menjalani ibadah puasa kepada kengkawan yang beragama Islam. Moga Ramadhan kali ini memberi banyak kebaikan kepada kita semua. Insyaallah. Ampunkan kite andainya ada melakukan kesalahan sama ada sedar atau tidak……*

h1

Cerita Biasa…*

August 20, 2009

Salam semua

Dah lama x update blog ni kan. X der idea dan x der mood nak menconteng la sekarang nih. Lagipun..perkara utama yang menyebabkan blog ni x terusik ialah tuan punya blog malasssss…he3

Sekarang ni dah x cam dulu. Kalau dulu, pantang cuti skit mesti kuar jenjalan. X jauh..dekat pun jadi tempat untuk kitaorang buang masa. Tapi sekarang ni dah malas nak jenjalan. Beringat dan berjaga2. Yer la…banyak penyakit berjangkit dan memacam lagi la. Baik la mengelak kan daripada terkena penyakit2 ni kan.

Ari Sabtu lepas ikut gak la hubby g servis keta kat Keramat nun. Pegi sana dalam kul 9 lebih. Huh…ramai giler umat manusia kat situ. Memasing nak servis keta. yer la…kalau dekat2 nak raya nanti mesti lagi ramai kan. Kitaorang g servis sebab dah dekat tempoh tuk servis. Jenuh menunggu…kul 1 gak la siap keta tuh.

Pastu singgah Giant jap beli lauk basah. X lama pun kat Giant tu. Sejam pun x sampai. Balik umah..rehat2 jap. Pas tu gerak ke Sri Rampai. Hubby nak potong rambut kat kedai kawan dia. Luqman pun sama…kawan hubby siap puji Luqman sebab dok dendiam masa potong rambut. Huh…kalau la dia tau camana Luqman dedulu..mesti x der nyer dia nak puji budak tuh. He3…jenuh tau nak potong rambut dia dedulu. Sekarang ibu dah lega…x yah susah2 nak mesin rambut Luqman ngan ayah cam dedulu. Pegi kedai jer sekarang nih.

Dari sana terus balik umah. Masak sup sayur dan ayam goreng jer pastu  makannnn. Lepak2 je la depan TV..pas Isyak…gerak g umah kawan hubby yang lain lak. Ala..dekat jer. Kite g sana pun pakai baju kelawar jer. Pastu balik umah dan zzzz..

Ari ahad x ke mana pun. Rasanya pintu umah pun x buka2 pun. Masak la bekpes (ala kadar je). Lunch plak watkan sup ayam, sayur campo goreng dan telo dadar je. He3…berkurung je la dalam umah tu. Sib baik la Luqman x meragam ajak jenjalan.

Ari senin kite EL. Luqman demam + batuk. Stok ubat demam ada la kat umah..ubat batuk lak x der. Luqman ni jaranggggggg sesangat batuk. Kalau batuk pun x lama. Sebab tu la stok ubat batuk x pernah ada dalam peti ais. Memandangkan kite kat umah..kena la masak kan. Masak pun ala kadar gak. Ikan tongkol masak lemak, ayam bercili dan sayo goreng.

Aduhaiiii..jenuh la nak bagi budak kecik ni makan. Kena paksa + ugut baru la nak nganga mulut tuh. Makan pun sesuap dua jer. Pastu mula la…Luqman dah kenyang la bu…dia wat2 sendawa pastu sebut alhamdulillah…adehhhh…Ari selasa keja cam biasa.

Semalam pun EL gak. BBsitter Luqman EL lak. Sebabnya bumbung umah dia d terbangkan angin ari sebelumnya tu. Ari selasa petang kan ujan + angin kuat giler. Abis bumbung zink tu terbang dan basah la hall umah dia. Bila dia cakap nak EL betulkan bumbung umah dia…xkan nak ckp x bolehk kan. Korbankan cuti kite tuk jaga anak. Hubby sekarang ni dah x nak cuti. Alasan dia…nanti x der cuti dah nak balik raya nanti. Kite walaupun cuti dah kurang…tapi nanti bila wat tender..boleh claim cuti.

Dok la kite berdua ngan Luqman. Pas kemas rumah..basuh kain baju…masak la sardin, sambal bilis + telur masin. Pas siap semua keja umah…lepak2 depan tv sambil main game. Huh…Luqman ni jeles la kan. Nampak ibu x game over Luqman dah tutup tv tuh. Bila ibu majuk…dia pun sama majuk. Last2 ibu yang kena pujuk. X aci tui la Luqman nih.

Pagi semalam demam dan batuk ada skit2 lagi. Petangnya badan Luqman dah ok. X der demam dah tp kite bagi gak ubah malamnya tu. Sebagai langkah berjaga2. Semalam gak 2 kali Luqman tido siang. Kul 12 sekali..pas Asar sekali. Ngan kite sekali terlelap petang tuh. He3…teruk tui kan

Ari ni dah keja cam biasa. Ingatkan ada tender closing esok…siap2 la bawa baju bagai…tp rupa2nya x jadi lak masuk tender tuh. Apa nak buat..jauh tu…Sabah nun…

Per pun..semoga hari ini menjadi lebih baik dari hari2 sebelumnya….*

h1

Hari Ini…*

August 9, 2009

Hari ni 9/08/09. Ermmmm…dan sekarang kite berada di tempat kerja untuk siapkan tender yang akan ditutup pada 10/08/09. Camni la cite nya kalau keja cam gini.

Pagi tadi x wat bekpes pun. Bangun pun dah lewat. He3…ngantuk gamaknya kan. Kalau hubby x kacau…masih lena tido gamaknya. Dok golek2 atas tilam..tetiba dengar lak suara Luqman dok membilang. Ha3…dah bangun budak kecik tuh. Jengah bilik dia jap..borak2 kejap pastu terus masuk dapur. Kelentang..kelentong…siap la Nasi Ayam yang dah lama x masak. Alhamdulillah..tu la menu kitaorang ari nih.

Pas Zohor siap2 nak dtg ofis. Hubby la yang jadi driver kite…Cam la x biasa kan. Luqman seronok la dapat naik keta. Budak nih x puas2 lagi naik keta padahal semalam dah sehari suntuk berjalan.

Dah masuk jalan ke ofis kite..ni la dialognya :

Luqman : Buuuu..boleh x..boleh x

Ibu : Boleh apa Sayang

Luqman : Boleh x bu…boleh x

Ibu : Yer la..boleh apa

Luqman : Boleh x Luqman ikut ibu work

Ibu : Mana boleh sayang..nanti bos ibu marah

Luqman : Bos ibu marah eh

Ibu : Yer la…ibu nak wat keja..ibu x balik malam nanti…kalau ibu dok kejap kat ofis x per la

Luqman pun senyap.

Sampai ofis kite salah hubby..kiss2 Luqman…mula la keja. Sekarang ni pun dok wat keja gak. Keja oooo keja…bila la nak siap nih…*

h1

Akhirnya..*

August 4, 2009

Luqman  dah makin besar. Luqman pun dah cecah 3 tahun. Dah banyak ragam..dah banyak peel dan dah banyak cakap. Ermmm…tapi masih x berjaya juga bawa dia buang air besar dan air kecik kat bilik air. Dedulu pernah ala try tapi memandangkan kesuntukan masa…x berjaya gak la. Hermmm..nak tunggu bila lagi eh. Ari tu boleh la cakap sibuk. Yer la..tetiap minggu ada je latihan teater..ada je agenda. Sekarang ni apa cite.

Huwarggghhh..sekarang ni sibuk ngan benda lain lak. Kenduri la…majlis itu la…majlis ini la. Pastu ngan stayback ari Ahad lak sebab ada tender. Mana la berkesempatan nak ajar Luqman tuh. Kena tunggu cuti lama sikit la camnih.

Alhamdulillah..malam tadi Luqman dah tido sendiri. Kite kemas bilik sebelah. Letak TV dan DVD player kat situ. Melopong la dia kat atas katil tu sambil tengok cite Ice Age 3. Pastu ngamuk2 panggil Ibu. Buuu..Buuu..nak ibu…nak ibu…Kite dah la sibuk skit mengemas umah malam tadi. Jenguk kejap dia sambil kiss2. Sambung wat keja pastu jenguk dalam bilik tengok dia dah lena. Fuhhh…Lega + sedih.

Dalam kul 3.00 pagi tadi dengar dia nangis. He3…kejut hubby suruh jenguk sebelah. Dengar Luqman cakap nak ibu…nak ibu…Kite jenguk pastu kiss2 dia..peluk2 dia…belai2 dan tepuk2 Luqman tuh. Pastu dia lena balik. Pagi tadi lak bagi susu pun dia x sedar. Abis nyonyot susu tu lena balik. Sejam pastu dengar dia panggil ayah dia. Yahhh…ayah…bila hubby jenguk dia tanyakan..Mana Ibu yah. He3…

Pastu mengamuk2 nak tengok cite Ice Age tuh. Adeiii…ibu ayah nak g keja la sayang. Bila cakap camtu dia plak balas x nak g umah bbsitter dia tuh. Bila suruh bawa CD baru dia nak gerak tp suruh bawa TV lak. Aduhaiii anakku…TV tu gedabak. Mana la ibu larat nak angkat ke sana.

Malam ni nak tengok camana. Boleh x dia tido sorang2 cam malam tadi. Yer la..malam tadi dia terlena sendiri. Luqman ni kekadang tido nak celah ketiak kite. Selagi kite x der sebelah dia…selagi tu la dia x nak tido. Harap2 berjaya la asingkan tido. Dah besar dah sayang….*

h1

Selesai Sudah….*

August 3, 2009

Akhirnya settle gak Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2009. Majlis penutup diadakan malam tadi.

Kite pun g gak ke Taman Budaya malam tadi. Yer la..nak tau gak keputusan pemenang2nya kan. Alhamdulillah…KGB dapat gak anugerah malam tadi. Tahniah Kak Zati sebab dapat anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pelakon Wanita terbaik lak x der pemenangnya. He3…

Kite gerak ke Taman Budaya pas Zohor. Parking kat situ pastu gerak ke Ti mes Square. Cadangnya nak tengok wayang tp banyak show pepetang lak. Takut x sempat je sebab banyak agenda lagi nih. Lepak2 jap kat tingkat 5 sambil tengok Theme Park kat situ. Luqman beria nak naik Roller Coaster. Ha3…besarnya taste.

Pas lepak2 kat situ gerak ke Masjid Jamek lak. Beli kain nak wat baju raya. Dapat la 2 pasang. Cukup la tu kan. Pastu belikan baju melayu Luqman dan hubby kat kedai Omar Ali. Luqman nyer baju less 50% dan hubby lak 30%. Alhamdulillah…save dah kat situ kan. Kalau x less..maunya cecah RM250 ke atas.

Lepas tu kite ke Uda Ocean Petaling Street. Dah dekat la tuh kat Taman Budaya. Pegi sana pun tergesa2 sebab masa dah suntuk. Beli t-shirt kite ngan hubby dan seluar Luqman. Lagipun nak abiskan cash voucher yang dah dekat expired date tuh. Pastu beli susu Luqman dan zasss ke Taman Budaya. Sampai sana gesa2 lak mandikan Luqman. Kite sendiri tukar baju jer. Siap2 lebih kurang terus lepak2 kat depan stage tuh. Makan2 free dan tengok persembahan sambil menantikan keputusan.Pastu gerak balik umah kul 11.30 malam. Lepak2 jap pastu masuk tido kul 1.45. Pagi ni kebil2 biji mata nih sebab ngantuk lagi.

Tahniah kepada pemenang2…2 tahun lagi kita berjumpa lagi yer. Insyaallah…*