Archive for August, 2008

h1

** Festival Kesenian Kanak-kanak **

August 29, 2008

Festival Kesenian Kanak-kanak ni sebenarnya dah lepas. Ianya berlangsung pada 20-24 Ogos lepas dan memacam program yang ada. Ada teater, tarian, nyanyian, akrobatik dr setiap negeri di Malaysia dan ada gak la negara2 luar turut serta. X silap kite ada dr Indonesia, China dan Iran.

Bila namanya festival kanak-kanak..jadi peserta2nya pun terdiri dr kanak2 gak la. Cuma ada la beberapa orang dewasa/remaja turut serta. Kite x der la tengok kesemua progamnya.  Kite cuma ke Istana Budaya ni pada pukul 8.30 malam, 23 Ogos. Program tu dinamakan Malam Gala dan kali ni x kisah pun kalau bebudak bising. Sesuai la tuk Luqman yang x tau dok dendiam tu kan.

Waktu ni kita boleh la tengok semua persempahan dr kumpulan2 yang turut serta. Tp bukan persembahan sepenuhnya la. Setakat selingan sikit je. Luqman memang hepi sesangat. Kejap2 yeeeyyyy…pastu diam…kejap2 yeyyyy…pastu tepuk tangan. Joget2 plak lagi. Di penghujung persembahan, semua pengunjung kena bangun dan nyanyi lagi 31 Ogos tu. Di sebabkan lagu ni la..sampai sekarang Luqman asyik dok nyanyi atuuu…atuuuu…maknanya 31 ogos la tu sambil kibar2kan benda kecik yang diberikan oleh pihak penganjur. Seronok la tengok dia.

Tengok je la pic yang x seberapa nih. Kitaorang x dibenarkan ambik gambar kat dalam Panggung Sari tuh. Yang ada sekeping gambar masa kat luar sebelum masuk.

h1

** Camana…OK tak **

August 28, 2008

Ni la benda yang kite kena wat sampai x der masa nak borak ngan kengkawan forum. Kalau sebelum ni sibuk ngan tender..sekarang ni sibuk dengan kurma2 plak. Yer la kan..bulan puasa pun tinggal beberapa hari lagi. Kite ngan kengkawan ofis sibuk dok pack kurman ni dalam kotak dan bekas mengkuang. Bab hiasan tu…hu3…kite sengsorang yang wat dibantu oleh beberapa kawan. Bantuan tu dr segi lilit2 pelekat hijau…potong kertas. Yang lelain diaorang x nak tolong sebab masing2 kerastangan. Ha3..diaorang la yang cakap…Walaupun penat..tp puas hati la kan.

h1

** Buah-Buahan **

August 28, 2008

Ni plak gubahan buah2an yang x seberapa. Ni la gubahan pertama yang dibuat untuk kakitangan ofis ni yang warded. Bahan2 pun x cukup sebab last minute wat. Guna la apa2 barang yang ada. X der la cantik sangat tp ok la kan.

h1

** Sibuk dan Penat **

August 25, 2008

Ermmm..lama dah x update blog ni. Sibuk skit ngan keja dan urusan peribadi. He3….tp x der la sibuk mengalahkan PM ataupun calon2 pilihanraya kat Permatang Pauh nun. Siapa la kite nak dibandingkan dengan diaorang2 yang glemer tu kan.

Sebenarnya…2 minggu berturut2 kite terlibat ngan tender. Jadi masa nak bersembang ngan kengkawan kat tenet tu kurang la. Pastu ari Sabtu dan Ahad pun ada agenda. Cam minggu Sabtu ari tu…ada exam..pastu malamnya plak pegi Istana Budaya. Hal kat Istana Budaya ni..nanti la kite citekan erk. Nanti kite up sekeping dua pic kat sana. X banyak pic sebab x boleh ambik gambar.

Minggu ni cam x sibuk sangat tp x tau la kan kalau2 ada hal2 yang x dijangka. Per pun..minggu depan dah start puasa. Boleh la teruskan misi menguruskan badan nie. He3..Harap2 berjaya la kan. Inisiatif sendiri jer. X der makanan atau minuman sampingan yang membantu usaha menguruskan badan ni. Berjaya atau x…tunggu la nanti.

Ermmm..x tau apa lagi nak tulis. Esok2 la update blog lagi…………..*

h1

** Selamat Datang Ramadhan **

August 25, 2008

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.

h1

** Teater Muzikal Ibu Zain **

August 19, 2008

Ni cite pasal ari Ahad gak. On the way nak balik Gombak, kawan kite tepon. Ajak tengok teater ni. Memula cakap x nak sebab fikirkan Luqman yang x reti dok dendiam. Pastu kawan kite cakap…kalau Luqman bising..baru keluar. Kesudahannya..kitaorang bersetuju nak g. Adehhhhh..mesti penat kan sebab nak berkejar ke Istana Budaya lak pastu.

Balik umah..mandikan Luqman pastu dia tido jap. Kitaorang rehat2…pastu terus bersiap2 ke sana. Lepas Maghrib…gerak ke Istana Budaya. Memula cam x der harapan dapat masuk je sebab kanak2 di bawah 6 tahun x boleh masuk. Tetapi, pujukan demi pujukan..akhirnya berjaya gak masuk. Alhamdulillah…sejam pertama Luqman ok. Senyap je tengok teater. mungkin ada nyanyian dan tarian kot. Kite pun syok je tengok. He3..maklum la…tiket percuma.

Sebenarnya, kawan teater kitaorang turut sama berlakon. Sebab tu senang dapat tiket free. Kalau x…x tau la berpeluang tengok show kat IB ke x. Peel Luqman bermula lepas sejam. Memula dia dok bertepuk tangan. X per la sebab x berbunyi. Pastu start dia kuarkan suara. Kakak…abang…..adehhhh…kitaorang biarkan dulu. Pastu start la….kakakkk…dengan lantang dan kuatnya. Terus hubby bawa Luqman keluar. Kite pun apa lagi..keluar la sesama ngan hubby. Terus gerak balik umah. Dok gelak2 kenangkan peel Luqman tu. Nampak gayanya….x boleh bawa Luqman tengok wayang lagi la…

h1

** MAHA 2008 **

August 19, 2008

Ari Ahad…x der rancangan nak g memana pada mulanya. Pastu, 2 hari sebelum tu kawan kite sms..ajak g MAHA. Memandangkan kitaorang x pernah pegi lagi..jadi kite ngan hubby pun bersetuju la nak g ke sana. Kitaorang gerak sebuah keta je. Jimat la katakan. He3…

Gerak dr umah pukul 10.15 pagi. Pegi umah kawan kite tu dulu pastu baru gerak ke Serdang. Ya Allah…ramai sungguh umat manusia berkunjung ke sana. Parking pun penuh. Kesudahannya..kitaorang parking kat bawah..pastu jalan kaki skit..naik tram ke atas. Luqman seronok la sebab boleh naik benda alah tu.

Semua dewan kitaorang masuk tapi x dapat menikmati semuanya. Sebabnya, kepadatan manusia kat situ membataskan penglihatan dan pergerakan kitaorang. Pastu Luqman lak mengamuk2 sebab nak tido. Dapat lelap 5 minit jer..pastu terus segar bugar. Dengan panasnya…memang menguji kesabaran sungguh. Plan nak beli pokok2 pun x menjadi. Sempat beli beberapa jenis buah2an je.

Pastu gerak balik Gombak dalam pukul 3.30 petang. Ni satu hal lagi..nak keluar ke jalan utama tu bukan main lama. Keta banyak sesangat. Singgah jap kat Sungai Besi tuk solat dan tukarkan diapers Luqman. Pastu gerak ke Gombak. Perut dah lapar..singgah jap ke Sentul. Pastu terus balik umah. Sampai rumah dalam pukul 5.45 petang. Mandikan Luqman pastu dia ngantuk gamaknya..terus tido.

Pic x sempat nak ambik. Dok melayan peel Luqman. Pastu….ada lagi satu agenda…*

h1

** Luqman dan 21 Bulan **

August 11, 2008

Kejap sesangat masa berlalu. Anak yang dulunya kecil dah semakin membesar. Yang dulunya perlukan perhatian 100% dari kite..sekarang ni dah boleh diharap serba sedikit. Hu3…seronok, sedih…semua ada. Seronok tengok perkembangannya. Sedih sebab dia dah mula berdikari sikit demi sedikit.

Perkembangan Luqman di usianya sekarang :

- Banyak dah perkataan yang dia boleh sebut. Nak sebut sesatu..cam malas lak. He3..

- Dah tau fungsi sesuatu benda. Bola untuk di sepak. Buku tuk baca. Pen untuk tulis…etc

- Pas tukarkan diapers..mesti dia minta dr kite. Sebabnya..dia nak buang kat tong sampah kat dapur.

- Dah cukup terer minta nasi..minta buatkan susu..minta pakaikan kasut

- Hantar ke umah bbsitter pepagi dah ok. X der la nak mengukit ibu ayah naik keta

- Cukup suka baca buku, tengok CD bacaan Al-Quran, Nasyid. Kekadang dia minta kite bukakan CD. Nak tengok alif, ba, ta.

- Dah boleh membilang..tp langkau2 la. X ikut susunan

- x kedekut. Boleh je share buku2 atau makanan ngan kengkawan

- Dia cukup cam jalan ke umah kawan dia. Walaupun kitaorang x bgtau nak g umah kawan dia tu..masuk je lorong ke umah tu…mula la dia bertepuk tangan sambil mulut dok sebut Muhammad. Adehhhh..

- Cukup suka berjalan2 naik keta

Apa lagi erk. He3..tah la..banyak sangat perkembangannya. Maklumlah..Luqman pun dah besar…..*

h1

*…..Mengapa WANITA sangat Istimewa……*

August 1, 2008

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”

masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…

bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok  settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit  …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!