Archive for May, 2008

Oh Anakku….*
May 27, 2008
Lagi…..dan lagi…
May 26, 2008senarai 5 hadiah aper yg anda impikan
1. Rumah sendiri + kelengkapan rumah
2.Baby Girl
3.Pakej percutian ke Jepun musim bunga Sakura
4.Pakej Percutian + duit poket ke mana2 destinasi
5.Set Komputer
senaraikan alasan nya
1. Sebab sekarang ni dok umah sewa. Nak la ada uamh sendiri yang siap ngan kelengkapannya sekali
2.Luqman dah ada. Nak la baby girl sebagai pelengkap hidup berumahtangga
3.Kite sukakan bunga Sakura. Nak rasa sendiri kecantikan dan keindahan ciptaan Yang Esa
4.Nak gak merasa cuaca di tempat orang. Kena ada duit poket sebab duit poket sendiri x banyak. Ha3
5.Leh la mengumpat2 melalut tenet kat umah. Aci la kan…ha3…
5 impresi terhadap org yg diminati
1.Peramah
2.x hipokrit
3.Jujur
4.Hormat
5.x berlagak
Perkara hebat yg prnh dilakukan :
Sudah pasti melahirkan insan yang bernama WAN LUQMAN HARITH pada 12 November 2006 secara normal tanpa bantuan alat2 sokongan selain semangat yang diberikan oleh seorang suami yang tersayang.
5 ciptaan yg paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yg maju)
1.Kereta
2.Komputer
3.Kamera Digital
4.Kapal terbang
5.Handphone
5 perkara yg dibenci
1. x suka orang yang berlagak pandai
2. x suka orang yang suka dengar cerita dr mulut orang lain
3. x suka orang yang hipokrit
4. x sukakan kesesakan
5. x sukakan penipuan
5 orang @ mommies2 yg anda mahu tag :
1. Kak Nina
2. Mayang Sari
3.Kak Aini
4. Mkay
5. Ajoy

Tagging Kasih Sayang dari Capslock…*
May 26, 2008APE YG ANDA SUKA TENTANG SUAMI ANDA???
1 – Agak peramah
2 – Ambil Berat
ADAKAH ANDA SEORANG YG ROMANTIKA???
Oh….tidak sedikitpun…
LUAHKAN PERASAAN SAYANG YG LAHIR DR HATI YG IKHLAS UNTUK ORG TERSAYANG
Errrrmmm..bab ni susah skit la. Nama pun bukan seorang yang romantik kan.
Cam ni pun aci la kan…Abang…mekasih atas pengorbanan dan pertolongan selama ni. I lap U..I miss u…Ha3…malu nyer…adehhh…*
APE YG ANDA MAHU DR PASANGAN ANDA….
- X nak banyak pun. Jadilah SUAMI dan AYAH yang sebenar2nya…
2 orang yang saya nak tag
- Mayang Sari
- Kak Aini

Kisah Luqman…*
May 26, 2008Errrmmmm..Lama dah menghilangkan diri. Bukan sombong..bukan x ingat kengkawan…tp sebab jaga Luqman yang x sihat dan kite pun balik kampung. Rasanya kengkawan yang rapat dah tau yang Luqman kena jangkitan HFMD. Dapat dari mana…x dapat dipastikan.
Hari Khamis ambik Luqman kat umah bbsitter..badan Luqman cam panas skit. Esoknya bangun nak g keja..kepala kite sakit sesangat. Pegi gak la mandi. Pas mandi dan siap2 pakai baju, hubby cakap x yah g keja. Ambik mc jer. Pastu terus gerak ke Panel Clinic. Dapat mc sehari pastu gerak ke Wangsa Maju sebab hubby nak bayar duit keta. Sementara hubby g bank..kite ngan Luqman kat dalam keta. Bagi susu kat Luqman tapi dia luah balik. Tengok air liur meleleh2. Ingatkan nak tumbuh gigi. Pastu tengok kat tangan dia ada biji2 cam chicken pox tue. Bila tengok camtu..kite terus check dalam mulut Luqman. Sahhhh…ada ulser. Kebetulan sehari sebelum tu kite ada baca artikel pasal jangkitan HFMD nie. Hubby masuk keta..terus kite ajak g Damai. Sampai sana paed kuar jap. Check suhu badan dia…38′C. Masuk jumpa paed…paed masukkan ubat bontot. Pastu ckp kat dia tanda2 yang Luqman ada…dia check…sah HFMD.
Paed cakap la..kalau hari k2 4 makin teruk…bawa ke hospital. Balik umah Luqman ok lagi. Nak makan bubur (habis semangkuk bubur McD tue). Kepala kite pun cam ok skit. Malamnya..Luqman wat perangai. Meragam x nak tido. Jadi kesudahannya..kitaorang berdua berjaga la. 2 malam berturut2 x dapat tido sebab jaga Luqman yang meraram.
hari kedua pun sama. Luqman masih ngan peel meragam dia tue. Memandangkan dia x nak minum susu (nak tp x leh nak minum), kite ambik keputusan masukkan susu kotak dalam peti sejuk. Pastu paksa Luqman minum. Dalam keadaan terketar2..dia minum. Waktu ni kesian sesangat tengok keadaan dia yang terketar2 tu. Air masak pun kite terpaksa campur dengan ais. Suap pakai picagari. Paksa makan ubat….
Hari ke empat…sakit dia cam kurang skit tp masih meragam. Suapkan ais krim + nestum. Kalau nestum jer Luqman x nak. Terpaksa la tipu ckp ais krim. Ha3…Kalau dia x nak minum…hubby marah cakap minum…minum…baru la sukarela dia minum. Adehhhh…kena ugut dulu rupanya.
Hari ke lima dah makin kurang. Bintik2 kat lutut dan siku dia pun dah kurang dan kering. Cuma ulser dalam mulut x hilang2 lagi. Tapi Luqman dah x meragam sangat la. Alhamdulillah…masuk seminggu..Luqman dah sembuh sepenuhnya. Terima kasih pada kengkawan yang doakan kesihatan Luqman.
Hari Sabtu lepas tue..kitaorang balik kampung. Bukan main seronok Luqman dapat balik kampung. Asyik dok sebut Cat..toktok (bunyi ayam). Dok memanjat tangga. Pantang orang ambik…selamba jer dia pegi asalkan dapat dokong. Dapat naik motor..balik jenjalan wat bunyi motor. Hu3…Luqman..Luqman
Alhamdulillah..PIL dan mak kite sihat. Seronok diaorang melayan Luqman yang x reti dok diam. Ibu ngan Ayah dah x larat nak kejar Luqman. Atuk ngan Nenek la jadi mangsa. Ha3…
Balik sini hari Sabtu 24/5/08..alhamdulillah selamat sampai ke Gombak.
Luqman sekarang dah 18 bulan. Cepat jer masa berlalu. Dah banyak perkara yang dia tau. Cakap dah makin pandai. Dah pandai ikut arahan ayah ngan ibu.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK
May 6, 2008Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : “seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi “. Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu – bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya
yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap. Perubahan – perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran. Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur , bangun
untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh berlari, melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain. Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.
Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan. Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit -penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.
Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program – program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.
Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu dijalankan.
Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.
Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya. Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.
Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.
Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman – pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.
Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman – pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya. Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat – nasihat dan pandangan -pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar. Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.
Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan – kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah – majalah , buku -buku serta latihan – latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.
Rumusan
Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

22 perkara berkaitan pendidikan anak-anak
May 6, 2008Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan.
Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:
1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
18) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.
Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.
Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dipetik dari Majalah ANIS
Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood









