Archive for February, 2008

h1

Rindu Luqman….*

February 17, 2008

Ari ni Ahad..sepatutnya masa cuti ni leh luangkan lebih masa bersama Luqman. Tapi…kena datang ofis wat keja ni lak…Uwaaaaa…sedih la cenggini. Rindu Luqman la…rindu nak gomol2 budak kecik tue. Semalam pun kena datang keja gak. Al maklum la…ada 2 tender yang nak kena submit esok. Semalam balik awal gak…malam ni x tau lak balik kul bape. Yang pasti…esok keja cam biasa.

Sekarang ni sibuk sesangat. Ngan keja ofis..ngan preparation tuk annual dinner ofis ni awal bulan depan. X per la kan..kurang2nya dapat gak pengalaman dalam mengendalikan acara2 camni. Masa belajar dedulu..ramai gak comitee yang terlibat dalam mengendalikan acara2 nie. Tapi kat sini…hanya 7 orang yang terlibat. Dalam urusan tempahan hotel, hadiah, sponsor, program..memacam lagi la.

Harap kengkawan yang tersayang..sori la sebab x sempat nak bersembang2 ngan korang. Masa x mengizinkan la. Insyaallah, lepas dinner nanti…masa tuk beramah mesra ngan kengkawan mesti ada.

Sekarang ni kan cam tingin nak ada baby. Adehhhh…tapi nampak gayanya keadaa x mengizinkan lagi wat sementara waktu nie. Tapi kalau Allah bagi rezeki gak dalam masa terdekat nie..alhamdulillah..kite terima jer. X tau la kenapa naluri ni cam nak peluk cium baby jer. He3..x puas kot gomol2 Luqman yang dah besar.

Sebut pasal Luqman…dah banyak benda yang Luqman dah pandai.

- Sebut Ibu dah jelas. Ayah semestinya.

- Erd…nie Bird

- Pish = fish

- Car = car

- Yak = Yak Yak

- Syee = Syee syee

- Pas = kipas

- Moon = Moon

- Dah pandai gosok gigi sendiri. Kalau suruh mandi laju jer ke bilik air pastu tunjuk berus gigi dia.

- Dah pandai makan dan minum sendiri tp semestinya berterabur. Minum tue bukan la minum guna cawan camtu tp pakai straw.

- Kalau nak buka baju dia…mesti dia angkat tangan…camtu gak kalau nak buka seluar..dia akan angkat kaki.

- Dah pandai ambil diapers sendiri kat dalam beg yang biasa bawa umah bbsitter. Pastu dia baring atas tilam tanda dia suruh kite tukarkan diapers dia. He3…Dah leh harap la anak ibu nie.

- Kalau tepon bunyi…cepat2 dia hulur kat ayah atau ibu

- Dah terer tutup kipas pakai kaki..dah terer buka tutup tv. Adehhhh..camana la ibu ngan ayah nak tengok tv camni

- Dah terer turun sofa + katil sendiri

Apa lagi yek…dah banyak benda yang Luqman terer tp ibu cam lupa lak. He3….apapun ibu seronok sangat tengok perkembangan Luqman nie. Gigi masih 6 batang…4 atas, 2 bawah..bayang gigi ke 7 dan ke 8 nampaknya bakal muncul.

IBU RINDU LUQMAN….Uwaaaaaaa….*

h1

Ajoy punya pasal…huwaaa…*

February 5, 2008

Ajoy nyer pasal la nie. Waa..x semena2 kena jawab plak. Nanti suruh Luqman gigit Ajoy la nie..suka sangat denda ibu Luqman nie….

Terma dan Syarat:

1. Tiada link LUCAH, bersih suci, disahkan halal oleh JAWI.
2. 5 link sahaja yg dibenarkan.
3. Tuju ke lima orang lain.
4. Link-kan semula ke org yg meng-tag anda.
5. Pastikan Link anda bernyawa.

- RHB Bank Online

Nak check gaji..belen tinggal bape. He3..paling beh bila akhir bulan…syok jer tengok belen dalam akaun tue. Ha3…gaji beb…

- Keluarga2u.com

Kemestian. Tiap2 hari memang kena jenguk. X sah kalau x jenguk..x bersembang ngan kengkawan. Pastu kalau sibuk camana sekalipun..kite buka la forum ni tp x bersembang pun. Janji leh tengok rupa paras k2u tue pun dah cukup.

- Blog

Jenguk blog kengkawan terutamanya clog Ima, Bery, Ajoy, MKay. X tinggalkan komen pun x per la kan janji kite jenguk. Tapi sejak dua menjak ni memang sibuk skit la….jenguk pun kejap2 jer..

- Cari Forum

Rajin gak jenguk forum ni tp x reply apa2 pun. Rajin jenguk2 jer sambil baca apa yang beh kat sana. Kekadang online gunakan nick kite..kekadang gunakan nick hubby..tp paling kerap guna nick hubby. He3…aci x.

- Artis Melayu.net

Masuk sini pun cam forum cari gak la. Baca gosip yang beh2. X der pun nak reply apa2..cam x bape nak reti lak nak bersembang ngan diaorang2 kat forum tue. Cam x sejiwa la..ha3..
Sekian…..

Jadi…meraka2 yang tersenarai di bawah nie..jangan segan silu untuk menjawab persoalan yang dikemukakan ni yer….

Bery

Liza

Kak Nina

Inda

Ida

h1

Sedikit Cerita….HKL..*

February 5, 2008

Nak citekan sikit kisah yang terjadi sepanjang kite menjaga Luqman kat HKL. Luqman di tempatkan di Unit Pediatrik, Wad KK1. Apa yang kite nak citekan di sini bukanlah bermaksud untuk mengaibkan mana2 pihak. Sekadar nak menceritakan apa yang sebenar2nya yang berlaku. Iyer la kan..selama nie kerajaan bermati2an mempertahankan kakitangannya..organisasinya. Tapi bila dah jadi camni..sape nak jawab. He3..nak jelaskan di sini..hal ni jadi kat HKL…kena jelaskan sebab nanti ada yang marah…He3…Bery la tue. Ha3..(sori Bery..gurau jer).

Kat wad nie…tandas untuk pesakit telah dipecah2kan. Untuk pengubahsuaian barangkali. Yang geramnya..kenapa diaorang nak pecahkan semua tandas kat dalam tue. Tinggal hanya 2 buah tandas jer yang leh digunakan. Kenapa x disiapkan sebelah2 dahulu. Pesakit lam wad tue bukannya sorang dua. Berpuluh2 orang. Pastu penuh dengan simen2 yang pecah…berterabur. Buatnya terkena kaki..sape yang susah. Orang yang x sakit pun leh jadi sakit.

Ada sekali tue kite nak masuk mandi. Rasa berat hati plak nak mandi sebab penuh ngan pekerja2 Indonesia wat keja kat dalam tandas tue. Pastu pegi la tanya nurse kat situ. Tanya bebaik….ada x tandas lain selain kat sini. Dia leh cakap…mana ada…nak guna kena guna yang tue la..nasib la sebab semua guna tandas tue. Hangin jer dengar. Hubby dah meradang tp kite sabarkan. Nak x nak ajak la hubby masuk sekali lam tandas. Kebetulan pekerja tue dok ketuk2 dinding nak pecahkan. Kite lak lalu kat depan dia..abis simen2 tue terkena kat kaki. Apa lagi…kite cakap la..nak ketuk tue sabar2 la..x nampak ke orang nak lalu nie…sakit ooo kena simen tue. Memula hubby masuk temankan tp Luqman melalak nangis sebab dengar bunyi drill yang kuat tue. Apa lagi..kite kelam kabut la mandi..cam kerbau la sebab rasa cam x bersih + takut ngan pekerja2 Indon kat dalam tue. Hu3…

Hubby cakap…apa salahnya suruh guna tandas pekerja sebab diaorang nak bayar ke kalau jadi apa2 kepada pesakit. Pastu ada ke akta yang ckp leh guna tandas yang dalam proses pengubahsuaian. Ada akak tue kena sound dek nurse kat situ sebab gunakan tandas kakitangan. Huwaaa….apa salahnya bagi guna sebab kita gak manusia..nurse pun manusia. Guna tandas sebab nak mandi..buang air..bukannya wat benda lain. Pastu x mesra alam langsung. Kite tanya dia..dia leh tunduk jerrrr…

Hubby cakap..sib baik kamera tertinggal kat kg. Kalau ada memang dia ambik pic keadaan tandas tue dan sebar2kan. Yang geramnya…nurse tue berkhidmat untuk masyarakat..tp nape layanan camtu. Bukannya dia keja free jer. Hospital plak tempat untuk masyarakat gak..tp nape camtu keadaannya. Hu3…sakit hati. Sib baik kejap jer dok spital tue.

Tapi x semua la hospital camtu…masa bersalinkan Luqman dulu..nurse kat Hospital Setiu best. Wad pun best. Kat Hospital Kuala Terengganu…wad best tp nurse cam kurenggg skit. He3..

Banyak komen plak kite nie kan. Sekadar berkongsi cerita..pengalaman. Nak baca..baca la..x nak baca…sila tutup mata…ha3…senang cite…*

h1

Minggu yang memenatkan…*

February 4, 2008

Seminggu menyepi dari jenguk atau update blog. Waaaa…memang bz sesangat la. Sekarang ni pun masih terasa kepenatannya. Dari hal keja hingga la bab2 famili.

28/1/2008- Ari ni kena stayback sebab ada tender nak submit esok. Terpaksa la siapkan tender berdua dengan account manager nie. Dari pagi lagi kelam kabut sediakan dokumen…fotostat..filing. Memang dah rutin keja kite camtu. Kena la buat. Account manager lak siapkan pricing tuk tender nie. Alhamdulillah…kul 1.30 pagi dah siap. Jadi pas siap tue..balik la ke umah. Account Manager tolong hantarkan. Nak suruh hubby ambik…Luqman dah tido.  Balik umah…pas gosok gigi..basuh muka semua..pastu cium2 Luqman..kite pun tido.

29/1/2008- Datang ofis..terus balut file2 yang dah siap tue. Account manager plak g hantar tender ke UniKL. Satu lagi keja baru menunggu…sebutharga DBP. Hu3…nampak gayanya malam ni kena stayback juga la. Kelam kabut lagi siapkan sebutharga nie. Walaupun sebutharga..banyak juga benda nak kena sediakan. Doumen2..filing…benda ni kena pastikan dengan betul. Ari ni balik kul 10 lebih. Hubby datang ambik. Rasa beh jer sebab Luqman ada sekali. Balik umah…mandi dulu…pastu main2 ngan Luqman…pastu tido.

30/1/2008- Cam biasa..datang ofis pastu balut sebutharga nie. Pastu sambung wat kerja2 ofis yang biasa. Mata ngantuk..badan penat tapi dah namanya keja..xkan la nak balik umah plak. Cam biasa..hubby datang ambik kul 6.45 petang. Balik umah terus ambik Luqman. Waktu ni dah rasa badan Luqman cam panas2. Jadi kite bukakan baju Luqman..pakaikan singlet. Pastu basahkan kepala. Luqman dah start merengek2. Kena la layan dia walaupun memang ngantuk. Luqman tido tapi x lena. Kejap2 merengek..x lena la tido. Kul 3 lebih..dia nangis. Badan pun makin panas. Check suhu..dah 38.5..tinggi gak tue. Jadi kite masukkan ubat bontot. Pas sejam…dia tido lena…Kul 5 lebih dia sedar lagi..merengek2..kite bagi susu..pastu tepuk2…kepala kite basahkan dengan air…bukak baju dia pastu basahkan badan.

31/1/2008- Badan Luqman masih lagi panas. Bagi susu dia muntah. Makan pun x nak. Makan skit jer. Kul 10 lebih g Damai.Check suhu 39.5…Waaa…jangan la lebih 40. Luqman ni pernah ada rekod suhu badan lebih 40. Risau plak kite. Nangis jer kejanya pastu melekat ngan kite. Paed masukkan ubat bontot…nampak la dia aktif skit. Balik umah….demam dah ok skit. Jadi..Luqman kejanya tido jer. Malamnya…demam lagi. Menangis jer kejanya. Minum susu pastu muntah. Memang x leh tido la kite nie. Ngantuk jangan la cakap. Tapi sebab anak..sabar jer la.

1/2/2008- Ari ni Luqman demam lagi. Jadi terpaksa la EL untuk hari kedua. Deman Luqman kejap ok..kejap x. Makan x nak..minum x nak. Kekadang nampak dia nak minum..nak makan tapi bila masuk lam mulut jer menangis. Hu3..memang sedih tengok. x leh nak gerak ke mana2. Kena pangku jer la budak kecik tue. Paling kesian tengok dia minum air..tangan terketar2. Mungkin tahan sakit lam tekak. Huwaaaaa..sian sangat. Petang tue tepon Damai tanya paed ada lagi x tp staff dia ckp paed dah x der. Hu3..x tau nak wat camana lagi. Luqman dah makin lembik..mungkin sebab dia x makan..x minum. Jadi hubby cakap..jom g GH. Hu3…pegi gak la. Terus ke unit kecemasan dan diaorang suruh ke Bahagian Pesakit Luar. Ambik darah pastu check suhu…39.8. Dah tue..kena jumpa doktor plak. Waktu ni Luqman dah aktif semula. Minum pun ok dah skit. Masuk jumpa doktor…doktor ckp darah ok cuma ada skit kuman. Jadi dia bg pilihan..nak masuk wad ke x. Kite ckp x yah la sebab nampak Luqman dah aktif. Doktor check plak kerongkong..dia ckp..kena masuk wad gak sebab kerongkong Luqman dah bengkak dan bernanah. Huk3….jadi kena la masuk wad.  Malam ni memang dugaan tui la dalam menjaga Luqman. Dia x tido…asyik menangis jer. Jadi terpaksa la kite pangku…kalau pangku sambil duduk ok gak la…nie kena dukung. Lenguh tangan kaki ni sebab dok berdiri..pegang dia yang dah 10kg tue. Rasanya suara dia la yang paling kuat kat wad nie. Menangis jer kejanya. Kepala kite dah pening2 dah nie. X sabar nak tungggu esok..biar hubby pegang Luqman plak.

2/2/2008-Suhu badan Luqman dah kembali stabil. Maknanya dah x demam. Tapi bengkak dalam kerongkong masih x baik lagi. Jenuh paksa dia minum ubat. Peel Luqman..masih cam semalam. Menangis..meraung. X leh letak bawah skit..mesti dia nangis. Jadi..kite kerapkan bagi minum air masak..memula tu dia nangis gak la..lelama tue ok skit. Pastu g beli ais krim. Bagi Luqman makan tuk kecutkan tonsil dia tue. Petangnya..alhamdulillah…Luqman dah nak minum air..minum susu..cuma makan yang x x nak. Malamnya..dia tido dah agak lena..kite pun leh tido la walaupun Luqman kejap2 sedar.

3/2/2008- Alhamdulillah…Luqman dah notti cam biasa. Melasak jer kejanya. Minum susu dah nak. Cam kebulur plak kite tengok. Sebotol susu x cukup. Ha3…pastu tido jer kejanya. Nak cover balik tido2 yang lepas kot. Adehhhh…petangnya dah leh kuar spital. Alhamdulillah..ni la masa yang ditunggu.  Balik umah..kemas umah skit2..pastu kite ngan Luqman tido. Ha3..ngantuk beb. Memang x leh nak cakap camana rasanya ngantuk tue.

Ari ni pun masih rasa ngantuk lagi. Muka pun cam penattt jer. Luqman plak…manja yang teramat. Nak melekat ngan ibu tp ibu terpaksa g keja la sayang. Luqman dok ngan Ibu Sarimah yer. Jangan nakal2..jangan manja2 tau. Luqman good boy kan. Petang nanti ibu ambik Luqman..Luqman leh manja2 ngan ibu plak. Ibu sayanggggggg Luqman……*