Archive for December, 2007

h1

Selamat Tinggal 2007

December 31, 2007

Kejap jer masa berlalu. Beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2008. Terlalu banyak kenangan manis..pahit yang terjadi sepanjang tahun 2007 ni. Tp..cam malas jer kenangkan semua kenangan2 tu terutamanya kenangan pahit. hu3…sape nak ingat kenangan pahit kan. Kalau boleh..biar la ia terus luput dalam ingatan ni. Mungkin akan memakan masa sebab ianya melibatkan hal peribadi..tp insyaallah, lama kelamaan ianya akan hilang juga dalam ingatan. Sekarang ni pun kite dah makin dapat lupakan hal nie.

Tahun 2007, menyaksikan erti persahabatan. Erti yang mungkin tak sama bagi sesetengah orang. Di sinilah kita tau siapa yang boleh digelar sebagai seorang sahabat..siapa musuh. Bukan hendak mencari musuh tp mungkin ia hadir tika kita x sedar. Ermmm…sebuah persahabatan amat penting dalam hidup kite nie. Al maklum la..kite ni bukannya jenis yang ramah tamah..nak cr kawan pun susah skit la. Kengkawan ni la menjadi tempat tuk kite luahkan segala masalah…kongsi segala suka duka.

Kasih sayang…suami amat penting dalam hidupku. Tanpa dia..rasanya x lengkap hidup ni. Biar la dia tidak berharta..sekurang2nya kehadirannya dapat menjadi tempat kite menumpang kasih. Dia tempat kite meluahkan masalah dan dialah tempat kite bergaduh. He3..gaduh2 manja gitu. Insyaallah, kite akan menjadi seorang isteri yang dapat memberikan kasih sayang kepada suami dan insyaallah kite akan menjadi seorang ibu yang dapat menumpahkan kasih sayang sepenuhnya kepada seorang anak yang bernama Wan Luqman Harith. Moga cahayamata ini akan dilimpahi kasih sayang yang tiada nilainya dari seorang lelaki yang bergelar ayah dan seorang wanita yang bergelar ibu.

Anak..menantu..gelaran yang dah lama di pikul dan gelaran yang baru beberapa tahun di galas. Walaupun kite ni bukan seorang anak yang baik..bukan seorang menantu yang baik..insyaallah, kite akan menjadi seorang anak dan menantu yang memenuhi ciri2 yang diperlukan oleh orang tua yang telah membesarkan kite dan menganggap kite sebagai seorang anak. Walaupun banyak kenangan yang terjadi sepanjang tahun ni yang menyaksikan hubungan seorang anak dan ibu…seorang menantu dan mertua..tp alhamdulillah..hubungan itu bukanlah berbentuk negatif.

Kerja dan kerja…yang ni biasa la kan. Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kite sebagai pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada majikan. Tetapi..diakui…ada ketikanya kite pun lalai dalam melaksanakan tugas2 yang diamanahkan. Hu3..cam menyesal lak x wat keja bersungguh2. He3..tp alhamdulillah..rezeki tu ada la. Walaupun x der la banyak mana..cukup la kan untuk menampung hidup ni. Cukup la untuk mengembirakan hati kite ni. Bukan nak bermegah..tp sebagai seorang pekerja..kite bersyukur dengan apa yang dah kite perolehi ni. Banyak atau sikit bukan ukurannya sekarang.

Memandangkan banyak yang terjadi pada tahun 2007..kite rasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan harapan kite..tahun 2008 nanti memberikan lebih sinar kegembiraan..cahaya kebahagiaan. Buat kengkawan yang bersama2 berjuang di tahun 2007..moga kalian lebih berjaya di tahun 2008. Jumpa lagi di tahun 2008 dengan cerita2 yang mungkin lebih menarik. He3….iyer ke…..*

h1

Biarkan la….*

December 12, 2007

Sebagai manusia…tidak lepas rasanya dari menerima cacian…kutukan…makian serta buruk sangka dari manusia lain. Yang membezakan setiap manusia hanyalah kesabaran yang ada pada dirinya untuk menepis segala perkara2 buruk ini.

Ermmm…kite kakadang pelik dengan sikap manusia nie. Apasal melenting tak tentu pasal sedangkan x ada kena mengena skit pun dengan dirinya. Pastu saja cari pasal sebab x puas hati. ha3..lawak la ngan manusia cam ni.

Sekarang nie..dalam kepala otak kite nie dah setkan….lantak la ngan manusia camni. x guna nak layan sebab nanti kite gak yang sakit jiwa di buatnya. Cuma..kite geram skit la…kenapa dia suka menuduh2 kite itu ini sedangkan dia sendiri x cermin diri sendiri. Kite sedar kite x sekaya mana..tp alhamdulillah kite x pernah berhutang tuk tampung hidup nie. Cukup la ngan rezeki yang Allah dah tentukan selain dr berusaha tuk menambah pendapatan. X pernah skit pun nak bgtau orang lain kite ni gaji kecik…x pernah pun nak dengki2 dengan rezeki yang telah Allah tentukan terhadap semua umatNya.

Tp pelik…kenapa masih ada manusia yang ckp kite nie suka berdengki ngan kekayaan yang dia ada. Salah ker kite menasihatkan dia agar jangan buat camtu..jangan buat camni. Salah sangka agaknya manusia camni. Iyer la…kite bg nasihat cakp kite ni dengki plak. Huh…rasanya x payah la nak jelaskan sepanjang2nya kerana penjelasan tue dah x der gunanya. Sebab apa…dia dah setkan dalam kepala otak dia…kite ni jahat…suka sangat dengki dengan apa yang dia ada.

Apapun..malas la nak layan manusia camni. Baik layan kawan yang kenal siapa diri kite sebenarnya. Yang pernah jumpa..bersembang sakan. Kalau setakat kenal melalui internet..malas nak layan la. Buang masa jer….*

h1

2 Tahun yang lalu…*

December 12, 2007

121 Disember 2005…satu detik yang bermakna dalam hidupku. Inilah detik dan waktu..kite di ijabkabulkan bersama hubby..seorang insan yang sangat kite cintai dan sayangi. He3…jiwang plak.

Rasanya kejap jer masa berlalu. Hari ni..genap 2 tahun kite dan hubby hidup bersama. Banyak kenangan manis yang telah kita lalui bersama. Banyak juga pengalaman yang telah kite kutip sepanjang bergelar seorang isteri kepada seorang suami. Dah…banyak juga sikap kite telah berubah.

Terima kasih yer abang kerana sudi terima diri ini yang serba kekurangan. Tapi kite percaya..di mata abang…kite la yang teristimewa. Kalau x..xkan la abang pilih kite daripada calon2 yang pernah abang jumpa. X per la kan…walaupun pada pandangan orang lain kite nie jahat..busuk…tp penilaian dari abang amat bermakna pada kite.

Insyaallah abang..kite akan menjadi isteri yang baik sepanjang hidup bersama abang. Kite akan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak kita nanti. Kite akan menjadi menantu yang di sayangi oleh MIL dan FIL serta ipar duai. Abang pun tau kan apa yang telah berlaku sebelum nie. Mekasih atas sokongan dan nasihat dari abang.

Rasanya sepanjang hidup bersama abang..kite belajar banyak perkara. Erti sabar..tanggungjawab..susah dan senang. Semua tu mengajar kite dalam menempuhi hidup ini.

Hepi anniversary to me. He3…..*

h1

Perumpamaan…*

December 10, 2007

Perumpamaan

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpaan yang disebut perbandingan

a. seperti katak di bawah tempurung

b. umpama kaca dengan permata

c. Bagai pungguk rindukan bulan

d. Ibarat air di daun keladi

e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan

a. Genggam bara api biar sampai jadi arang

b. Diberi betis hendak peha

c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

h1

Alhamdulillah..inilah rezekiku

December 4, 2007

Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar. Dari urusan kerja hingga la urusan rumahtangga. Semua ni kurnia Allah ke atas umatNya. Kan dah kata..berdiam bukan bererti kalah..rasanya ini lebih baik dari cuba menegakkan benang yang basah. Baik berdoa agar benang tue kering juga akhirnya satu hari nanti. Lambat atau cepat..Dia yang menentukan.

Memandangkan kat ofis ni ada staff yang berhenti…secara automatiknya kite di naikkan dan diberikan tanggungjawab yang lebih besar. Alhamdulillah..ada la imbuhannya walaupun keja ni agak memenatkan sikit. Alhamdulillah..Allah masih sayangkan hambaNya yang sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menampung hidup nie. X guna berkata2 tanpa mengingatiNya kerana Dia yang lebih berkuasa dari segalanya.

Sekarang dah jelas kan..kalau la kite ni salah..suka dengki…suka menjaga tepi kain orang..suka mengata..Allah pasti akan berikan hukuman yang setimpalnya. Setiap kali solat..itulah yang kite pinta…jika kite salah…hukum la kite. Bukan nak mendabik dada menyatakan kite x salah…sebagai manusia kite akui kite melakukan kesalahan juga. Tipu la kalau kite cakap kite ni sempurna dari segala segi. Tipu la kalau kite kata kite ni baik sesangat sampai nak mendabik dada menyatakan kite ni yang betul. Cuma..kite ingin meminta petunjuk yang sebenarnya kerana kite tau siapa kite..kite tau apa niat kite sebenarnya.

Ermmm..lupakanlah yang lepas. x guna di ungkit kembali kerana benda yang lepas x guna di kenang semula. Mana yang salah..mana yang betul..biar Dia yang tentukan. Buat kawan2ku…insyaallah, kite akan bersama kalian kerana kite tau niat korang yang sebenarnya. Biarlah kite menjadi kawan sewaktu sedih dan gembira daripada hanya menjadi kawan ketika bergembira.

Luahan hati di malam hari. He3…terasa syahdu pulak kan. Kuasa Allah tiada siapa boleh pertikaikan. Niat yang penting. Biarlah orang lain x memahami niat sebenarnya…sekurang2nya Allah tahu siapa kita..apa niat kita…itu lebih baik….

Hanya sekadar luahan perasaan. Tidak terniat untuk mengungkit kisah lalu. Tapi..luahan ni sekurang2nya menjadi kenangan kite di usia tua nanti. Sebagai panduan dalam menjalani hidup nie. Sebagai manusia…sentiasalah mengingatiNya…*