Hari nie 25/10/2007…cepat sangat rasanya masa berlalu. Bulan depan Luqman dah mencapai usia setahun. Setakat nie..perkembangan Luqman adalah :
- Gigi ada 2 batang..bahagian bawah
- Dah pandai babai…tata
- Kalau cakap amin atau salam..dia hulur tangan pastu bawa ke mulut…tapi tengok mood gak. Kekadang tue dia keraskan tangan..
- Dah terer bangun duduk sendiri. Pastu sekarang nie leh bertatih sendiri. Pegang kat kain alas meja yang goyang2 tue.
- Kalau bertatih pegang tangan atau pegang kat benda2 yang x gerak..memang dah terer
- Makin kuat makan tp x suka makan bubur yang di blend. Jadi sekarang nie kena wat bubur lembik la kat dia. Jenuh la ibu nak potong sayur bg kecik. Adehhhh
-Suka tengok iklan. Kalau iklan yang dia minat…tengah mamai2 nak tido pun leh bangun dok bersila. Pastu abis iklan sambung tido balik. He3…
-Suka menggunakan suaranya yang kuat untuk menarik perhatian ibu. Soh ibu ambik dia..layan dia. Ngan ayah x nak.
- Suka sangat jenjalan. Kalau nangis…dokong bawa ke keta..serta merta senyap. Bak balik kg ari tue x meragam skit pun. Tido pun senang lam keta.
- Suka berendam dalam air. Bawa g Lata pun dalam keadaan terketar2..bila ibu angkat nak tukar baju..menjerit2 x bg ibu angkat. Adehhhh…sejuk la Luqman.
- Suka nganga mulut bila tengok ibu atau ayah makan. Nak join sekaki la tue.
- Kalau nak tido..suka sangat golek2..tonggeng2. Badan ibu pun nak di panjatnya. Habis muka ibu kena sondol dek bontot Luqman. He3…
- Dah pandai ngikut ibu nak g keja. Kalau antar umah bbsitter..nampak jer mama terus pegang leher ibu x nak lepas. Hu3…sedih tui la waktu nie. Bila ambil Luqman waktu petang..nampak ibu jer mengekek2 ketawa….
- Suka sebut ma…bah….Luqman panggil sape tue. Lain kali sebut ibu ngan ayah yek Luqman cayang.
Apa lagi yek. Tah la..sejak Luqman dah hampir berusia setahun nie…makin banyak perkembangan yang di tunjukkan. Ibu pun rasa cam rindukan saat2 Luqman kecik dulu. Tapi yang nyata..Luqman rapat ngan ibu. x nak ngan ayah. Penat gak la melayan peel Luqman ni tp x per. Ibu sayanggggg sangat kat Luqman. Luqman ngan ayah la nyawa ibu.
Peel Luqman ni la yang membuatkan ibu cam x nak berkongsi kasih ngan adik2 Luqman buat sementara waktu. Biarlah ibu curahkan kasih sayang ibu nie tuk Luqman sepuas2nya. Biar Luqman rasa kasih sayang ibu terhadap Luqman terlalu mendalam dan Luqman ingat belaian ibu dalam membesarkan anak ibu. Biar Luqman rasa bahagia menjadi anak kepada ibu dan ayah….*