h1

Ya la…ya la…*

October 29, 2009

Ambik ko tajuk…he3…nak tau nape kite wat tajuk cam gitu…korang kena la baca sampai abis kan.

SITUASI 1 : KAT BILIK TIDO

Luqman : Ibu…meh la tido ngan Luqman

Ibu : Luqman g la tido dlm bilik Luqman yer

Luqman : Ni bilik sape bu

Ibu : Ni bilik ibu ngan ayah

Luqman : Ibu tido sini eh..ibu tido ngan sape bu

Ibu : Ibu tido ngan ayah la sayang

Luqman : Luqman tido mana bu

Ibu : Luqman tido dalam bilik Luqman la

Luqman : ya la…ya la ( sambil berlalu ke bilik sebelah)

 

SITUASI 2 : KAT BILIK AIR

Ibu : Luqman..dah la tu..jangan main air lelama

Luqman : Luqman nak mandi la bu

Ibu : yer la…tapi jangan la mandi lelama….malam ni

Luqman : Luqman nak sabun eh bu

Ibu : Cepat la mandi tu..x elok mandi malam

Luqman : ya la…ya la…

 

SITUASI 3 : DLM BILIK AIR

Luqman : Luqman mandi eh bu

Ibu : Mandi la sayang

Luqman : Ibu mandikan Luqman tau

Ibu : OK

Ibu : Ok…dah..

Luqman : Nak mandi lagi la bu

Ibu : Dah la tu…

Luqman : Ala ibu…

Ibu : Ibu cakap dah kan…cukup la

Luqman : ya la..ya la

 

SITUASI 4 : KAT DAPO

Ibu : Luqman…jangan kacau ibu…pegi kat ayah

Luqman : Luqman nak masak la bu

Ibu : Panas tu…jangan kacau

Luqman : Panas eh bu

Ibu : Ye la…pegi depan tau…nanti kena Luqman sakit tau

Luqman : ya la…ya la

 

SITUASI 5 : KAT RUANG TAMU

Ibu : Ambik tisu sayang…lap air tu

Luqman : Sape tumpahkan bu

Ibu : Luqman la yang tumpahkan…cepat lap

Luqman : Lap ngan apa bu

Ibu : Kan ibu dah cakap..ambik tisu tu

Luqman : ya la…ya la

Aduiiii..banyak lagi YA LA…YA LA Luqman tu…tp kan dah cakap awal2 tadi…kemalasan melanda diri nih. Ha3….tunggu la beberapa hari atau beberapa minggu lagi untuk kite update blog ni yer….*

h1

Kemalasan Melanda….*

October 29, 2009

Salam kengkawan

Sekarang ni kan…tahap kemalasan tuk update blog ni rasanya dah sampai tahap maksimum. Walaupun ada cite..ada pic tuk letak kat sini…tetap jugak malas nak mengupdate ini blog. Apakah…..

Sabtu lepas balik kampung. Kampung mana lagi kalau x kampung hubby. Balik tu pun ada sebab. Cam biasa…gerak waktu pagi…ambik SIL kat Melawati dulu pastu bermula la perjalanan yang panjang. Singgah RnR kejap pastu perjalanan diteruskan lagi. Alhamdulillah…selamat sampai akhirnya.

Kitaorang x g ke mana2 pun. MIL pun x berapa sihat..nak g sungai yang biasa kite pegi tu…cam x berani lagi. Kalau sesiapa tengok Buletin Utama rasanya dalam seminggu dua lepas…ada kes 2 orang lemas dan beberapa orang lagi perlu diselamatkan. Ala…yang air tu cam tsunami tuh. Seriau lak nak pegi sekarang nih.

Sempat gak la jenjalan ronda2 kat pantai. X g pantai pun…cuma lalu kot situ jer. Planning nak gerak balik KL ari Isnin sebab Selasa hubby dah keja. Walaupun kite dah apply cuti ari Selasa tuh…cam nak g ofis gak sebab ada in-house training.

Tapi tu la kan…kita hanya merancang…Dia yang menentukan. Ari Isnin tu MIL x sihat lagi. Hubby lak dok ulang alik ke toilet. Camana la nak bawa keta jejauh kalau kejap2 sakit perut nak cari toilet. G klinik…dapat MC sampai Selasa. Jadi…bye2 la training. Huk3…cam terkilan gak. Tp x per la…nanti boleh tanya sesiapa pasal training tuh. Note pun ada kat meja nih…pepandai la explore sendiri.

Gerak dalam kul 11.30 pagi dari sana. Singgah beli kopok yang kengkawan kirim pastu terus gerak ke KL. X singgah lelama pun sebab nak kejarkan siang. Sampai KL dlm kul 7 malam…singgah antar kopok pastu balik umah.

Alhamdulillah…settle la hal kitaorang kat kampung tu….*

h1

Raya oh Raya…*

October 2, 2009

Raya dah berbelas2 ari berlalu..ari ni baru kite nak tempek kat sini. X der mooh nak berblog 2 3 ari nih.

Sembang pasal raya bebaru nih..x der apa yang best pun. Cam tahun2 lepas..biasa2 jer la. Cam biasa…raya pertama kat kampung hubby kat Terengganu.

Kitaorang gerak balik kampung ari Rabu sblm raya tu. Hubby la yang beria2 nak balik awal..nak elakkan jammed kononnya. Alhamdulillah..jalan memang lengang je. Gerak dari sini kul 7 pagi lebih kurang. Berenti kat mana eh tuk isi minyak. Lupa lak..tp kitaorang memang x der la nak berenti lelama atau kerap. Nak kejarkan Zohor kat umah PIL. Sampai sana dekat2 pukul 2 petang. Sempat la kan.

Jadi..beberapa ari sblm raya yang ada ni kitaorang gunakan untuk mengemas umah la. Pastu masak2 dan sembang2 apa yang patut.

Ni antara agenda raya kitaorang untuk tahun ni.

RAYA PERTAMA

- Orang2 lelaki g solat raya. Kite ngan SIL sibuk kat dapur. Pastu kejut Luqman..mandikan dan siap2kan dia. Turn kite lak mandi dan siap2 berpakaian raya. Pas diaorang balik solat…salam2 dan makan2. Dok je la umah menunggu tetamu datang. X der mood nak g beraya pun. Hubby pun sakit kepala. Tunggu kawan hubby datang umah pastu terus balik Kelantan. Sampai sana dalam pukul 7 malam.

RAYA KEDUA

- Dok umah jer. Ada yang g kubur. Kite malas lak nak g sebab cam penat lagi. Oooo..pagi tu kite g pasar..beli lauk2 tuk masak2 dan beli apa2 yang patut. Makan2..sembang2 je la kejanya. Malas lagi nak g jenjalan raya. He3…

RAYA KETIGA

- Pagi tu masak2..pastu g ziarah kubur. OTW balik tu singgah pasaraya jap pastu balik umah je la. Makan2..sembang2 dan kul 4 gerak balik Terengganu. Ikut Tok Bali sebab hubby nak elakkan jammed. Sampai Ganu kul 7 malam lebih kurang

RAYA KEEMPAT

- Pagi tu sarapan dulu. Layan dulu tetamu yang datang umah. Pastu gerak ke Bukit Bading, Hulu Terengganu. Adik beradik FIL (x silap) ada wat kenduri. Pas settle kat situ…singgah la beberapa umah sedara mara PIL yang dok area2 situ. Sampai umah lepak2 je la.

RAYA KELIMA

- Pepagi SIL dah bangun. Siapkan bekal untuk makan2 kat air terjun (ke sungai eh)…sampai sana tengok orang pun dah ramai. Dok sana sampai kul 2 petang jer. Luqman la manusia yang paling seronok kat situ sampai makan pun banyak dan x nak keluar air. Punya sakan berendam. Bibir biru pun tetap nak berendam lagi. Balik umah lepak2 sambil baring2 hilangkan penat.

RAYA KEENAM

- Ari ni kite g mana eh. Oooo..kite g pekan je. Beli lauk2 untuk masak pastu lepak2 kat umah je.

RAYA KETUJUH

- G bandar Kuala Terengganu lak. Cari apa2 yang patut. Penat kan kalau berjalan waktu panas. Rimas rasanya. Sib baik la KT x cam Kota Bharu. Time cuti perayaan camni mesti sesak. KT x der la penuh ngan umat manusia. Masih boleh jalan berlenggang kangkung lagi. he3….balik tu per lagi..lepak lagi la.

RAYA KELAPAN

- Ari Ahad ni g Pantai Penarik je. Makan ikan celup tepung…bawa Luqman main ombak..lepak2 sambil ambil angin.

RAYA KESEMBILAN

- Balik KL la…x reti2 nak keja ke…he3..

Tu la antara diari raya kita tahun ni. X der menarik mana pun nak dibandingkan dengan orang2 lain. Tah la..dari bulan puasa lagi memang x der mood nak raya. Bila raya menjelma…cam bukan waktu raya je. Pagi raya tu je la rasa suasana raya sebab pakai baju baru…yang lelain tu..cam ari biasa2 je..*

-

h1

Emo ker?…lepas dah…*

October 2, 2009

He3..ramai yang bertanya..pesal ngan entry lepas. X der apa2 pun kengkawan yer. Luahan perasaan jer tu. Sekarang dah ok dah. Abaikan jer tau. Tah kenapa ari tu tetiba nak emo je memanjang. Nak cakap peod..dah lepas. Nak cakap peknen…x der pun…dah tua kot…emosi pun x stabil gamaknya.

Ramai yang berkebun kat FB kan. Kite pun x terkecuali tp x der la memanjang nak ngadap benda alah tu. Pagi masuk keja, tengahari waktu rehat dan petang bila dah abis keja. Kite sampai ofis awal…jadi leh la jenguk2 kebun kejap. Tengahari lak jarang sesangat keluar..ambik masa kejap jenguk kebun…petang lak hubby datang ambik lambat…blh la jenguk kebun lagi. Isi masa lapang la katakan. Nak berkebun bebetul…tanah lak sekangkang kera je kat tepi umah tu. Sekarang ni dah naik separas lutut gamaknya. Yer la…cuti 2 minggu x der sape nak tebas. Dah macam rumah x der orang duduk lak gayanya. Bila la mamat pemotong rumput ni nak datang umah. Rimas dah nengokkan rumput yang dah nak sama tinggi ngan rumpun serai kat tepi pagar tuh. He3…

Balik dari cuti raya…letih lesu je rasa badan ni. X der mood orang cakap. Patut la..pastu memang dah keluar tanda2 x sihat. Nah…sakit tekak yang amat..minum air berbotol2 pun x ilang dahaga lagi (nak mati ke eh?). Kepala lak berdenyut2…hidup cam tersumbat jer…telinga ni cam berdesing je. Hermmm…memacam…*

h1

Biarlah..andainya itu yang terbaik..*

September 30, 2009

Ermmmm..tidak terluah oleh kata sebenarnya. Kite jadi keliru dan sedih mengenangkan kisah lalu dan kisah yang terjadi sekarang. Serba salah jadinya. Antara nak abaikan apa yang berlaku…untuk terus kenang apa yang terjadi. Kalau diluahkan…takut andainya ada yang terasa hati. Tapi kalau dipendam…ianya akan memakan diri….serba salah jadinya.

Sedih sebenarnya mengenangkan orang yang kita percaya suatu ketika dahulu sanggup mencari salah kite/menyalahkan kite semata2 untuk menyokong orang lain. Siapa kite…kite sedar siapa kita. Mungkin baginya kita sudah tidak bermakna lagi. Mungkin orang itu lebih memahami dan lebih sejiwa dengannya. Sedih mengenangkan semua ini kerana kite mendengarnya dari orang lain. Kenapa tidak berterus terang dengan kite. Sedih sebab kite sudah tidak ada makna baginya lagi.

Adakah kerana kite berterus terang….semua pihak menunding jari kepada kite. Menyalahkan kite sepenuhnya. Kite tau..semua orang akan menyalahkan kite dengan apa yang terjadi…tapi tau ke diaorang apa sebenarnya yang telah terjadi. Kite sendiri tidak ingin perkara semua ini terjadi. Kite tidak ingin hubungan yang suatu ketika dulu mesra…kite hambar hanya disebabkan salah faham. Mungkin ada salahnya kite…mungkin kite yang bersalah…tapi kenapa hanya kite yang dipandang.

Ermmm..andainya kite bersalah..tolong maafkan kite. Mungkin ada hikmah di atas perkara yang terjadi ini. Tapi tolong lah…kenapa asyik kite yang memendam rasa. Jangan kerana kite mendiamkan diri…kite dianggap bersalah. Jangan kerana dia bercakap…dia di pihak yang benar.

Untuk dia dan orang itu..kite redha andainya ini yang terbaik bagi kita semua. Terpulanglah kepada kalian andainya masih ingin mencari salah kite. Mungkin kita tidak serasi untuk bersama….tapi percayalah…kite berdiam bukan bermaksud kite takut…tapi kite tidak ingin perkara ini terus berlanjutan selamanya. Biarlah yang lain berfikiran negatif terhadap kite sebab kite tau apa yang terjadi…………..*

h1

Selamat Hari Raya….*

September 15, 2009

Salam semua

Esok kite dah nak balik kampung. Jadi di kesempatan ni kite nak ucapkan Selamata Hari Raya kepada semua kengkawan. Juga, kite mohon kemaafan dari sesiapa yang terasa hati…sesiapa yang telah kite sakiti sama ada sedar atau x. Maafkan kite eh….*

h1

Sedih…dan x der idea dah..*

September 11, 2009

Salam korang

Ari ni dah 21 ari posa kan. Kejap je masa berlalu. Tup2 dah nak raya. Sedih la plak kan.

Oooo…dah beberapa ari kite x cakap apa menu berbuka puasa kitaorang kan. Hu3…sedih sebab dah 3 ari kite x masak. Camana la nak masak kalau sampai umah pun dah dekat kul 7. Memang x sempat. Jadi tapau je la kat luar. Bukan sesuka hati jer balik lambat. Kite ni pagi je datang ofis. Mana2 keja yang nak cepat tu siapkan la cecepat. Pastu keluar g umah bos kat Keramat. Nak siapkan hamper raya la plak.

Dok sana sampai la kul 6 petang. Patutnya ofis hour sampai kul 4.30 petang tp x per la kan..nak siapkan hamper tu cecepat. Raya dah dekat nih.

Kalau korang nak tau…pepetang nih kat Keramat nun jammed. Aduiii..nyampah la kalau jammed nih.

Ari ni x tau camana. Sempat ke x masak. Kalau sempat alhamdulillah. Kite ni dah x tau nak tapau apa tuk berbuka. Memang dah x der idea nak bungkus apa. Alih2 benda yang sama gak kite bungkus. Hubby satu..kite satu. Luqman share ngan kite. He3..bukannya banyak mana budak kecik tu makan…..*

h1

Menu Berbuka Semalam…..*

September 8, 2009

Aduiiii..ngantuk la mata nih..badan pun penat jer. Huk3…cam nak sambung golek2 dan tido jer. Apa kah daya..keja perlu diteruskan.

Alhamdulillah..semalam balik keja kul 12.00 tengahari..pastu kemas umah mana yang patut…main game jap pastu solat. Lepas solat jer terus terlelap dlm kul 2.00 petang. Sib baik la kul 5.30 petang tu terjaga. x der la pasang alarm ke apa..tersedar sendiri. Punya la liat nak bangun..he3…badan penat sangat rasanya. Tp gagahkan diri bangun gak. Tepon hubby ckp x yah tapau sebab nak masak. Suruh dia beli kuih jer. Pas solat..mula la aktiviti masak memasak.

Semalam, juadah berbuka kitaorang :

- Kuih karipap dan apam kukus (hubby beli)

- Butter Crab

- Sambal sotong

- Sayo campo

Ok la kan. Memula pening gak x tau nak masak apa. Dlm kepala otak ni fikir nak masak simple sesimplenya. Ingat nak masak bilis goreng + cili + bawang je. Tp tah camana, tangan ni kuarkan lauk2 lain lak dr peti ais. Hentam je la. Janji kenyang. Ari ni cam nak beli nasi kerabu je la. Pegi pasar mlm kat belakang ofis nih. Nak belikan Luqman bunga api sekali.

Malam kelmarin..hubby cite beria Luqman main bunga api ngan kawan dia……………..*

h1

Masak Berbuka Lepas..*

September 6, 2009

Ari Jumaat lepas kite masak sempoi jer. X der idea dah nak masak lauk apa untuk berbuka. Sblm tu pun kite masak tomyam ngan ketam goreng jer. Tp untuk kite..tomyam tu kite campo ngan kuew tiow. Jadi la kuew tiow tomyam. Hubby makan nasi la cam biasa.

Ari jumaat lepas ckp kat hubby nak goreng kuew tiow je sebab ada belen lagi kan. Masak la kuew tiow goreng jer. Kuih beli jer : roti john, murtabak, karipap dan air tebu.

Ari Sabtu lak kite masak nasi ayam dan kuih buah melaka jer. Alhamdullillah…mendapat sambutan. Ajak kawan kite berbuka kat umah gak..bekalkan diaorang nasi ayam. Kalau x bekalkan..belen tu masuk tong sampah gamaknya. Bukan apa…kitaorang ni makan memang x berulang. Makan masa berbuka jer…sayang kan kalau buang cam gitu je makanan tuh. Baik bagi orang jer. Ada gak pekdahnya.

Ari ni kite dah siap masak awal2 sebab kena dtg ofis siapkan tender. Jadi..kul 11 pagi dah kelentang kelentong kat dapo sengsorang. Siap la 2 lauk dan satu sayo. Ikan kerisi bercili, gulai lemak telo itik dan sayo kacang buncis goreng + udang. Ada bawa bekal skit ke ofis…x tau camana berbuka nanti kan…

Tengahari esok balik umah…confirm kena kemas umah dulu. Pastu baru la ada can nak tido. Kena fikir nak masak apa sebab kot2 terlajak tido nanti. He3…simple dan senang masak (tetiba teringat kat ikan bilis dan telo )…*

h1

Resepi Lagi : Butter Prawn versi CT

September 3, 2009

Kali ni ada orang yang baru abis berpantang tanyakan resepi butter prawn ni. Segan nak tempek sebenarnya sebab kite pun main bedal jer. Tp untuk tidak menghampakan hasrat dia tu..kite tempek gak eh..

Kalau nakkan resepi yang lagi ok…tengok kat sini eh :

http://tertunailahhasratdihati.blogspot.com/

Bahan-bahan

  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari-letak 2 tangkai
  • sedikit cili padi-akak letak 5 biji di potong serong
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
* i tambah sedikit serbuk kari
Cara-cara:
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  4. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu dah betul-betul panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tangan kanan pegang garfu…tuang perlahan2 telur sambil tangan kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali-tali.
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.Lepas tu tos diatas kertas serap minyak (tisu dapur)
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi… dah hidangkan.

Cara kite yang main bedal ikut kepala otak ni lak :

- Bersihkan udang. Gaul ngan lada sulah + skit garam. Goreng hingga masak…ketepikan

- Dalam kuali yang sama cuma buang minyak jer…masukkan butter (kite letak 2 sudu jer).

- Cairkan dan masukkan telur yang dah dipukul skit (kite campurkan skit lada sulah dan skit garam).

- Dah nampak cam berketul..kacau2 hingga kering..masukkan daun kari.

- Pastu campakkan udang..kacau2 dan sedia untuk di makan

Kalau nak pedas..rasanya boleh campo cili padi skit. Campak sama ngan daun kari tu…*